Pindah Blog

April 18th, 2007 by heliantuse

Bismillahirrahmanirrahim

Dah hampir 2 tahun menggunakan Friendster blog ni, akhirnya rasa ingin berpindah semula ke Blogger.com. Jadi selepas ni, http://heliantuse.blogspot.com adalah curahan hati dan idea saya.

P/S: Asyik pindah2 mcm nomad.

Bookmark and Share

Yang Buat Kutersenyum

April 6th, 2007 by heliantuse

Bismillahirrahmanirrahim..

Sejak kebelakangan ni, mood swing sangat teruk. Sekejap hypergembira, sekejap supersedih, sekejap ‘expressionless’ (entah daripada mana asalnya frasa-frasa pelik ini). Hakikatnya, tidak kira kita ini pelajar medik, pelajar engine atau pun dah bekerja, kita sentiasa diuji. Lebih-lebih lagi, di rantau orang ini, bertambah-tambahlah ujian.

Dari satu segi, study-mana nak cari momentum untuk study, bagaimana nak lulus semua microtest, bagaimana nak fokus dalam kuliah.

Dari segi yang lain, bagaimana berdepan dengan kecanggungan diri ini menonton kehidupan orang-orang sini, bagaimana nak melalui hidup yang jauh daripada keluarga, jauh daripada keselesaan hidup di tanahair, jauh daripada kawan-kawan atau geng sekepala, bagaimana nak pelihara hubungan dengan orang sekeliling kita.

Satu sudut yang lain pula memerlukan diri bekerja keras untuk memelihara iman, memelihara amal, mengimbangi perasaan, mengatasi rasa malas, berhadapan dengan sakit pening sendiri.

Walaupun begitu,

Yang buat kutersenyum, bila matahari pagi terbit dari ufuk timur, melihat bunga lalang memutih sambil hati kecil ini berdoa "Ya Allah, permudahkan aku, jangan susahkan aku dan tamatkanlah aku dengan kesudahan yang baik."

Yang buat kutersenyum, bila anak2 kecil dalam stroller di tepi gelak comel pabila diagah dan ibunya tersenyum melihat gelagat anaknya. Ataupun menonton drama anak kecil menunggang tricycle bersama ayahnya.

Yang buat kutersenyum, pabila sahabat-sahabatku tertawa; memadu senyum simpul di bibir.

Yang buat kutersenyum, bila mendengar papa dan mama berceloteh dari jauh, mengubat rindu di hati atau mendapat parcel yang sarat dengan serunding, sambal dan keropok.

Pengubat kepahitan yang kurasai-rasa bertuhankan Allah, dan pengharapanku pada-Nya…optimis selalu..

Usiaku sudah berkurang setahun, jangan pula imanku menjunam…

Bookmark and Share

Motivasi menjadi Pegangan

February 22nd, 2007 by heliantuse

Bismillahirrahmanirrahim

-Dari Hasan al-Banna-

Agama hanya dapat dirasakan oleh sesiapa yang menegakkannya di dalam dirinya

Bahagia dan sa’adah hanya akan dirasakan oleh orang yang membela keyakinan, kebenaran dan keadilan

Kemenangan dan kejayaan hakiki hanya akan diberikan kepada para pejuang yang rela berkorban, kuat menahankan penderitaan dan kepapaan

Kesabaran dan ketahanan berjuang hanya akan diberikan kepada kepada mukmin yang mendekatkan dirinya kepada Allah

Tegaklah dengan keyakinan dan perjuangan, kerana makna dan guna hidup terletak pada keyakinan dan perjuangan

Belajarlah memanfaatkan diri guna kepentingan cita dan agama

Bookmark and Share

Kutná Hora Pula…

February 20th, 2007 by heliantuse

Bismillahirrahmanirrahim

17 Februari, beberapa hari sebelum cuti semester berakhir dan dalam nafas lega penuh kesyukuran kerana lulus peperiksaan Biofizik, saya mengambil kesempatan untuk berkunjung ke Kutná Hora. Rombongan percutian kali ini terdiri daripada 10 orang; Mas, Fadzlin, Belle, Sie Ong, Syed, Hilmi, Md Noor, Shiraaj dan Rajeev.

Kutná Hora terletak lebih kurang 70 km dari Hradec Kralove. Walaupun dekat, tetapi penat kerana terpaksa bertukar keretapi sebanyak 3 kali! Hradec Kralove->Pardubice->Kolin->Kutná Hora->Sedlec. Tetapi nak tengok Kostnice@Ossuary punya pasal, hilang segala kepenatan.

Kutná Hora; bandar kecil secantik namanya tetapi kaya dengan nilai sejarah bagi kerajaan Bohemia. Bandar ini merupakan bandar kedua terpenting dalam sejarah Bohemia kerana ia merupakan pusat perlombongan perak yang terbesar di Republik Czech sekaligus menjadi pusat penghasilan matawang kerajaan Bohemia. UNESCO telah menyenaraikan bandar ini ke dalam UNESCO World Cultural Heritage List dan tidak hairanlah ia menjadi tumpuan pelancong-pelancong asing yang berkunjung ke Republik Czech.

88_barborapic2
88_panorama

88_kralovska_cesta_1
Pemandangan di Kutna Hora

Sumber:
http://www.kutnahora.cz

Destinasi pertama kami ialah Sedlec, pekan kecil sejauh 3.5 km dari Centrum. Di sini terletaknya Czech Museum of Silver yang dulunya merupakan sebuah istana kecil@Hradek. Kami hanya mengambil kesempatan untuk bergambar di perkarangan muzium dan gereja lama, Cistercian Monastery with Church of the Assumption of Our Lady yang bercantum dengan muzium tersebut.

P2160404 


    Batu penanda di depan Czech Museum of Silver

72_sedlecpic2

 
Church of the Assumption of Our Lady

Kemudian kami menuju ke Kostnice(Ossuary dalam bahasa Inggeris) atau lebih tepat lagi Cemetery Chapel with Ossuary. Sekitar gereja ini dipenuhi dengan kubur-kubur orang ternama dan kaya. Dengan bayaran CZK 20 (lebih kurang RM 4) kami menjelajahi ruang gereja yang kecil ini. Menariknya tentang gereja ini ialah perhiasannya yang diperbuat daripada 40,000 tulang manusia; dari tengkorak hinggalah ke phalanx dan tarsus. Di setiap penjuru, terdapat piramid besar yang diperbuat daripada tulang-tulang tersebut dan di tengah-tengahnya terdapat sebuah chandelier yang besar beserta hiasan di siling yang juga diperbuat daripada tulang. Di sebelah kiri, terpampang ‘coat-of-arm’ bagi keluarga Schwarzenbergs yang pernah memiliki ‘chapel’ ini pada suatu masa dahulu.

Menurut sejarah, kawasan ini begitu popular di kalangan orang kaya dan ternama pada suatu masa dahulu kerana tapaknya ditaburkan dengan tanah suci dari Jerusalem (yang sebenarnya Palestin yang saudara-saudara seagama kita sedang perjuangkan sekarang). Pada suatu ketika, berlaku perang di kawasan Kutna Hora dan banyak penduduk mati terbunuh, tetapi kawasan gereja ini sudah tidak mampu untuk menampung kapasiti yang begitu besar. Oleh itu, mereka menggunakan tulang-tulang tersebut sebagai perhiasan di gereja. Gereja ini menjadi lambang hakikat kematian merupakan suatu yang pasti bagi penganut agama Kristian.

P2170063
Kami di hadapan ‘coat-of-arm’ milik keluarga Schwarzenberg di   
Kostnice

Kemudian kami singgah di sebuah kedai kecil yang menjual kristal di sebelah gereja. Kami bernasib baik kerana kebetulan kedai tersebut mengadakan jualan akhir musim sejuk dengan diskaun 50% untuk setiap barangan. Apa lagi, kami semua, tidak kira lelaki atau perempuan, memborong gelas-gelas dan bunga kristal yang ada sebagai buah tangan untuk keluarga tersayang apabila pulang ke Malaysia nanti. Saya sendiri menghabiskan CZK 1300 (lebih kurang RM 200 lebih) untuk gelas kristal Bohemia sebagai hadiah kepada mama tersayang, 2 botol minyak wangi kristal bertatah permata untuk kakak-kakak yang dirindui dan 4 tangkai bunga kristal untuk makcik-makcik yang sentiasa bertanyakan khabar.

Kami mengambil keputusan untuk berjalan kaki ke Centrum; tanpa peta. Hanya berpandukan papan arah ke Centrum. sekurang-kurangnya dapat berjalan-jalan sambil melihat suasana di Kutna Hora ini. Penduduk-penduduk di sini mudah mesra dengan pelancong dan sebahagian besar yang saya temui mampu bertutur bahasa Inggeris dengan baik. Mungkin kerana Kutna Hora ini merupakan bandar pelancongan. jadi, tidak hairanlah.

Matlamat seterusnya ialah Cathedral of St. Barbara. Dalam perjalanan ke sana, kami mendaki bukit dan sempat melihat Archdeacon’s Church of St Jacob yang merupakan  antara gereja yang utama di bandar ini tidak lama dulu. Tetapi, sebelum sampai di Cathedral of St. Barbara, kami sekali lagi singgah di sebuah kedai menjual barangan perak, kristal dan batu-batu. Sempat juga membeli beberapa keping poskad dan menghirup air coklat panas dihiasi ‘whipped krim’ yang pekat dan enak. Slurpp..alhamdulillah.

Laluan ke St. Barbara mengingatkan kembali kepada memori berada di Charles Bridge di Prague. Tidak hairanlah kerana di sebelah kanan laluan ini terdapat tembok dengan ukiran patung-patung 13 orang-orang suci yang sama seperti di Charles Bridges tempoh hari. Di sebelah kiri laluan, Jesuit College berdiri dengan megahnya menghadap ke bukit yang semakin menghijau kerana musim bunga sudah hampir tiba. Subhanallah, di sebalik tembok tersebut, tersembunyi keindahan alam yang tidak dapat digambarkan di sini. Rumah-rumah stail Inggeris dan sebatang sungai yang tenang mengalir, melatari pemandangan lembah tersebut.

Kemudian, kami ke Cathedral of St Barbara yang sedang dibaikpulih. Gereja ini, saya kira merupakan yang terbesar di antara gereja-gereja yang saya sebutkan di atas. Dibina di atas tebing menghadap ke lembah, gereja ini dibina sejak tahun 1381 dan pembinaannya pernah ditangguhkan kerana peperangan meletus. Hiasan dalamannya dipengaruhi dengan unsur-unsur Gothic, manakala binaan luarannya pernah dibaikpulih pada zaman Baroque. Kami sekadar mengambil gambar di perkarangan gereja dan melihat-lihat jualan barangan di pintu masuk gereja kerana tidak mempunyai waktu yang cukup untuk mengamati setiap hiasan yang ada. Cuma saya sempat melihat pada altar yang terdapat di sebelah kiri pintu masuk gereja yang bertajuk The Lord’s Last Supper. Sebagaimana tajuknya, altar ini menempatkan beberapa patung ’saint’ yang berada di meja makan, lagaknya seperti menikmati makan tengah malam dan berbual-bual.

6_barborapic5

Cathedral of St Barbara

                                       

P2160515
  Sungai Vrchlice yang sejuk tetapi mendamaikan

Kami kemudiannya bergambar di taman dan menikmati pemandangan di sebalik tembok. Seterusnya, kami menuruni tangga ke sebuah kawasan lapang berdekatan dengan sungai untuk solat jamak berjemaah dan makan.

Malam menjelma. Kami mengambil kesempatan untuk ke Stone Fountain. Sayangnya, tiada pancutan air. Yang kelihatan hanyalah ukiran-ukiran halus pada dinding kolam pancutan yang berbentuk kubik ini. Setelah itu, kami menuruni bukit dan ke Plague Column yang kelihatan seperti Holy Trinity Monument di Olomouc, cuma sedikit kecil.

Bandar kecil Kutna Hora pada waktu malam teramatlah sunyi. Sedikit sekali manusia yang kelihatan lalu-lalang di kawasan Centrum walaupun malam itu merupakan malam minggu. Dalam keletihan dan perasaan mengantuk yang tidak dapat ditahan, kami keluar masuk sebanyak 5 keretapi dan ianya memang memenatkan!

Walau bagaimanapun, nasledanou(selamat tinggal) Kutna Hora dan selamat datang semester baru…

Bratri Stefanu,
Hradec Kralove

Bookmark and Share

Kembara dari Olomouc ke Prague

February 2nd, 2007 by heliantuse

Bismillahirrahmanirrahim

Kesempatan cuti yang ada ini telah saya gunakan untuk melawat kawan-kawan yang tinggal di Prague dan Olomouc. Sebenarnya, perancangan dibuat ‘last minute’ bersama Nolek dan Zack. Petang Sabtu merancang, pagi Ahad terus bertolak dari Hradec Kralove ke Olomouc yang jaraknya lebih kurang 160 km. Kami hampir tersesat di stesen Pardubice rolice kerana menyangka ia adalah Pardubice hlavni nadrazi. Mujurlah pegawau yang memeriksa tiket perasan kami keluar dari keretapi. Malangnya kaki Nolek yang baru pulih dari terseliuh, sakit kembali kerana terjatuh waktu meredah salji tebal.

OLOMOUC, HERE I COME!

Ayu, Reen dan Mun sudahpun menunggu di ruang legar stesen keretapi Olomouc sewaktu kami tiba. Masya Allah, tak dapat digambarkan perasaan gembira bertemu dengan rakan-rakan yang sudah lama tidak ditemui. Mereka membawa kami menaiki tram ke Upper Square atau Holní Naměstí untuk mengeluarkan duit dan makan. Seterusnya kami ke Neředin Crematorium, asrama mereka untuk meletakkan beg. Usai solat, Ayu dan Mun membawa kami ke Globus, pusat membeli-belah yang sebangunan dengan Olomouc City yang jauhnya satu stesen sahaja dari hostel mereka. (Baliknya, Reen memerli Mun, "Ai, bawak gi Globus je?".)

Dari Globus, kami menaiki tram ke Upper Square. Kami bertiga jakun melihat tram di tengah-tengah jalan raya, maklumlah, di Hradec Kralove tak ada tram. Olomouc merupakan sebuah bandar yang tenang dan kaya dengan sejarah warisan kerajaan Moravia. Di Upper dan Lower Square, terdapat banyak patung-patung dewa Greek seperti Hercules, Neptun, Julius Caesar dan Triton dan Olomoucprague_015_6pancuran air yang merupakan sistem pengairan yang utama beberapa ratus tahun dahulu. Tidak lupa juga Holy Trinity Column, monumen bercirikan Baroque yang telah dimasukkan ke dalam senarai UNESCO World’s Heritage pada 2 Disember 2000. (Di Republik Czech, sebanyak 12 monumen telah tersenarai dalam UNESCO World Heritage List - http://whc.unesco.org/en/list/859)

<- Holy Trinity di Upper Square

Olomoucprague_009

<- Replika bandar Olomouc

Olomoucprague_013

<- Patung Julius Caesar; pengasas bandar ini

Kemudian, kami ke Flora Exhibition. Sayangnya, kami ke sana pada musim sejuk. Agaknya musim bunga nanti pasti taman ini dipenuhi dengan pelbagai jenis bunga yang berwarna-warni. Dari sana, kai berjalan kami mendaki bukit ke Fakultni Nemocnice Univerzita Palackeho. Subhanallah, bangunan tempat Mun dengan Ayu belajar kelihatan ekslusif ala-ala hotel 5 bintang walaupun hanya setinggi 2 tingkat. ‘Study room’ dan bilik komputernya sungguh selesa dilengkapi komputer-komputer baru. Paling menyenangkan ialah hubungan baik mereka dengan pelajar-pelajar senior jelas tergambar melalui lawak jenaka dan usikan antara satu sama lain. ereka juga tidak canggung melayan kami dari Hradec Kralove ini. Di Olomouc, pelajar-pelajar senior akan menjadi  mak atau ayah angkat kepada pelajar-pelajar tahun pertama.
Harmonisnya..

Malamnya, Mal memasakkan kami kari dal yang lazat untuk kami. Hajatnya hendak bermain salji yang tebal di luar, tetapi penat. Selepas berborak beberapa lama dengan Reen, saya tidur di lantai beralaskan sleeping bag. Nikmatnya tidur…Zzzzzz…

GYROS, AISKRIM 1 KILO DAN NASI LEMAK

Selepas solat Zohor, Ayu dan Razin membawa kami ke Hlavni Nadrazi atau dengan spesifiknya, ke kedai yang menjual gyros halal paling sedap di Olomouc. Kebetulan Hui Shan dan Sie Ong yang baru sahaja tiba dari Hradec Kralove, Anam, Priya, Reen dan Mun sudahpun memesan makanan. Gyros ialah daging atau aya yang dipotong secara memanjang dimakan dengan sos dan salad. Saya memesan gyros s nudlemi (gyros dengan mee). Hidangannya besar tetapi saya berusaha untuk menghabiskannya. Lazat! Kemudiannya, kai memanjat tingkat 18 bangunan CSOB di depan hlavni nadrazi untuk menghayati panorama bandar Olomouc. Dari sini, jelas kelihatan beberapa menara gereja di Olomouc dan juga bukit yang dipenuhi salji.
Olomoucprague_027

<- Pemandangan dari tingkat 18 bangunan CSOB

Seterusnya, kami ke Svatý Kopeček (Holy Hill), sebuah gereja Baroque dengan ukiran patung Virgin Mary menghadap ke bandar. Penduduk di Olomouc sangat peramah. Di dalam bas, saya sempat berbual-bual dengan seorang wanita tua dan seorang lelaki tua yang bernama Pan Koroz(Tak pasti ejaannya). Wanita tua itu tidak tahu berbahasa Inggeris, dan saya pula hanya faham sedikit sahaja bahasa Czech. Dia bertanyakan beberapa soalan mudah seperti "Odkud jste?"(Kamu dari mana?) dan "Co narodnosti?" (Kamu warganegara apa?) yang boleh difahami setelah dia mengulang soalan yang sama beberapa kali. Pan Koroz pula tahu berbahasa Inggeris yang mudah kerana dia merupakan bekas pensyarah di fakulti Ekonomi. Dia gembira mendengar saya datang dari Malaysia dan berkata "My son works in Malajsie in traumatology."

Pan Koroz kemudiannya membawa kami berjalan-jalan di sekitar gereja tersebut kerana gereja ditutup untuk kerja pembersihan. Saya kira Pan Koroz beruur lebih 70 tahun, tetapi masih gagah mendaki bukit. Saya sempat singgah di sebuah kedai untuk membeli poskad sebagai tanda kenang-kenangan.

Olomoucprague_031

<-  Svatý Kopeček

Pulangnya, salji rintik-rintik turun di hlavni nadrazi. Priya dan Anam membawa kami ke perpustakaan fakulti. Cemburunya melihat perpustakaan mereka yang besar dan luas dilengkapi meja belajar dan buku-buku rujukan dari pelbagai bahasa; bahasa Inggeris, Jerman, Czech, Cina dan Perancis. Suasananya sangat kondusif untuk belajar dan di luarnya terdapat sebuah bilik rehat khas untuk para pelajar.

Kemudiannya, kami ke Opera, kerana Sie Ong telah mula mengadu lapar. Opera terkenal dengan kek dan aiskrim yang enak-enak. Saya memesan tiramisu dan sherbet kiwi. Paling mengejutkan (bukan sahaja kami tetapi pelayan yang mengambil pesanan juga, "Are you sure? It is large") ialah apabila Zack memesan family-size aiskrim seberat 1 kg. Nasib baik berkongsi 3 orang…
Olomoucprague_023

<- Replika kura-kura

Olomoucprague_044_2<- Aiskrim 1 kilo dan Nolek-"Aku tak kan makan aiskrim lagi untuk sebulan"

Dengan perut yang penuh (alhamdulillah sambil mendengar Nolek bersumpah "Aku takkan makan aiskrim lagi untuk sebulan…) kami berjalan-jalan di sekitar bandar dan menuju ke muzium. Malangnya, muzium ditutup pada hari Isnin dan Selasa. Maka, Anam dan Priya sekali lagi membawa kami ke Upper Square untuk melihat Holy Trinity Column pada waktu malam.

Kemudian kami pulang ke hostel dan kali ini dijamu lagi dengan nasi lemak dan mi Singapura yang pedas. Keesokan paginya, perut saya senak sepanjang perjalanan ke Prague. Nolek dan saya berjaya memujuk Priya Sekaran dari Olomouc untuk turut serta berjalan-jalan di Prague kerana Zack akan terus tinggal di Olomouc dan ke Brno untuk mengambil ‘flight’ ke UK.

PRAGUE YANG ‘HIDUP’

Perjalanan ke Prague dari Olomouc mengambil masa 3 jam. Priya Angel datang menjemput kami di Hlavni Nadrazi seorang diri kerana kawan-kawan yang lain keluar ke Ladvi, membeli belah. Kami ke Koleje 17, Listopadu dan meletakkan beg. Petangnya, Abu Zar, Priya Angel dan Mahir membawa kami berjalan-jalan di sekitar bandar Prague - tourist guide tak bertauliah. Kami menaiki tram ke Museum. Prague meang ‘happening’. Berduyun-duyun manusia berada di namesti dengan pelbagai tujuan. Pelancong-pelancong juga tidak ketinggalan untuk bergambar di Václavské náměstí ini.

Olomoucprague_048

<- Di Václavské náměstí

Kami masuk ke Palac Knih (Palace of Books). Palac Knih terdiri daripada 3 tingkat dan buku-buku tersusun rapi di kiri kanan kedai. Aroma buku yang unik menarik kami untuk menjelajah dari satu rak ke satu rak. Kebanyakan buku yang dijual adalah dalam bahasa Czech. Tingkat bawah kedai memuatkan banyak koleksi buku berbahasa Inggeris terutamanya novel-novel dari penulis-penulis yang mashyur.

Saya mendapatkan 3 buah buku; The Patient karangan Michael Palmer, The Broker tulisan John Grisham; penulis kegemaran saya, dan The Czechs in a Nutshell oleh Terje B. Englund. Nolek pula memborong 4 buah buku.

Selepas solat di Islamic Centre, KB dan Mr Azhar turut serta dengan kami berenam untuk makan malam di Hallal Restaurant. Saya memesan nasi briyani dengan ayam tandoori walaupun mahal, tetapi kerana dapatlah melepaskan rindu pada biryani di Malaysia.

Destinasi berikutnya ialah Old Town dan Charles Bridge. Sambil berjalan-jalan, kami mengambil gambar di sekitar Old Town; di depan Astronomical Clock dan Jan Hus Monument. Sambil berjalan-jalan kami singgah di souvenir shop, sekadar melihat-lihat kristal Bohemia yang terkenal dan membeli poskad serta keychains. Sedar tak sedar, rupanya kami tersesat jalan untuk ke Charles Bridge. Siap salah sangka lagi bahawa pintu gerbang yang ada di depan kami sekarang adalah pintu gerbang Charles Bridge. Lalu sahaja di bawah pintu gerbang tersebut, tak nampak pula ‘bridge’ yang diwar-warkan. Terpaksalah kami patah balik ke Jan Hus Monument dan bertanya kepada orang yang lalu lalang arah ke Charles Bridge.

Setelah beberapa lama, akhirnya tiba juga kami di Charles Bridge. Pemandangan malam berlatarbelakangkan Prague Castle (President’s Office) sungguh indah. Banyak wajah-wajah Asia kami temui di sini. Mungkin mereka dari Korea kerana drama "Lovers in Prague" yang mengambil Prague sebagai lokasi penggambaran sangat popular di Korea. Ada juga mat Salleh dari negara lain yang berjalan-jalan di sini. Pengemis juga tidak melepaskan peluang dengan kehadiran pelancong di sini. Mereka sanggup berlutut di dalam kesejukan sambil menadah topi mengharapkan ihsan orang yang lalu-lalang. Kami berjalan hingga ke hujung jambatan dan pulang ke hostel sebelum tengah malam.

MID VALLEY DI REPUBLIK CZECH

Esoknya, kami menghabiskan masa selama sehari di Ladvi, pusat membeli belah yang sangat besar, sebesar Mid Valley di Malaysia. Saya sekadar window shopping dan membeli ole-ole untuk rakan-rakan dan anak-anak buah tersayang di Malaysia. Kebetulan pula banyak kedai mengadakan jualan murah pada 31 Januari. Mutia dan Adilah membawa kami makan makanan Punjabi di food court. Roti nan dan cocka menjadi pilihan…Boleh tahan juga…Tetapi, rasa seperti tidak sedap badan, nak demam. Mungkin kerana beberapa hari ini saya berjalan-jalan dan angin sejuk yang kencang dan tidur dalam kesejukan.

Sebenarnya, banyak lagi tempat yang tidak sempat untuk saya lawati sepanjang di Prague dan Olomouc. Kata saya kepada Mal dan Hamsath, "Itu maknanya, saya kena datang lagi."

Bookmark and Share

Ribut dalam Jiwa

January 20th, 2007 by heliantuse

Bismillahirrahmanirrahim

Hradec_kralove
Semasa jalan-jalan di Futurum semalam, terjumpa dan tertarik dengan kaktus kecil yang ada dalam gambar ni. 17,50 krown cukup untuk teman baru di meja tulis ini…

Dalam post sebelum ini, saya ada menulis tentang ‘angin yang menggila’. Sebenarnya, pada malam itu, Ribut Kyrill telah melanda seluruh benua Eropah ini. Ribut ini telah meragut 45 nyawa termasuklah 4 nyawa di Republik Czech ini. Gerun juga saya membaca berita ini kerana pada malam tersebut saya berada di universiti dan telah meredah ribut untuk menunggu bas pulang ke Bratri Stefanu. Kelajuan maksima angin Kyrill ialah 225 km sejam, dicatatkan di Switzerland.

Saya tidak dapat lupakan malam itu, saya berdiri bersama seorang wanita tua menunggu bas no.12 yang dijadualkan tiba jam 9.09 malam. Saya perhatikan awan hitam gelap berarak laju dipukul angin kencang dan daun-daun kering di taman bertempiaran. Dahan-dahan pokok memukul atap pondok perhentian bas dengan kuat. Saya kelu melihat kebesaran Allah. Dalam hati, hanya mampu berdoa meminta perlindungan dari Allah Yang Maha Berkuasa.

Alhamdulillah, Allah masih memanjangkan usia saya. Tiada kes maut
dilaporkan di  Hradec Kralove. Hanya di Prague beberapa mangsa
meninggal dunia kerana ditimpa pokok yang tumbang. Jika telah sampai
ajal, Allah takkan awalkan atau lewatkan walau sesaat.

Sebaik sahaja tiba di rumah, saya dapat mendengar desiran angin kencang di luar. Lebih hebat, lebih ganas. Guruh bergema memecahkan kesunyian malam. Sesekali lampu bilik malap dan Belle mengadu tingkapnya seperti diketuk dengan kuat. Selepas menghantar post ke blog, saya menarik selimut, langsung terlena.

Tahun hijrah telah bertukar angka lagi. 1428H. Tiada harapan lain selaku seorang muslim melainkan setiap hari yang berlalu dipenuhi dengan amal dan iman yang mengukuh. Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati, tetapkan hatiku pada agamaMu dan dalam ketaatan kepadaMu.

Berjayakah aku menjadi seorang penggilap? Setiap pagi berhasrat untuk menggilap hati agar bersih lagi suci. Tetapi petangnya kucemari kembali dengan debu-debu kotor…Esok pagi kugilap lagi…Sukarnya pekerjaan ini…tetapi aku perlu menggilap untuk kupersembahkan buat Tuanku…Malunya kalau aku menghadapnya dengan hati yang lusuh dan penuh noda…

Jumaat ini saya perlu berdepan dengan Prof Stransky untuk peperiksaan akhir Biofizik. Alhamdulillah, kredit untuk bahasa Czech dan Anatomy telahpun saya perolehi. :) Satu lagi subjek menunggu. Jadi, saya noktahkan post ini di sini sebelum nota Optical Microscopy saya betul-betul terbengkalai. Doakan kejayaan saya dan rakan-rakan.

Wassalam

Bratri Stefanu
Hradec Kralove

Bookmark and Share

January 18th, 2007 by heliantuse

Kutanamkan benih dalam segumpal tanah
Petang ini akan kusiram dan bajai anaknya
Malamnya mungkin aku petik buahnya
Agar esoknya kalian bisa rasai manisnya

Benih yang baik cocoknya dengan tanah yang bagus
Tiada suburnya tanpa air di hulu sungai
Makannya kujagai, kupilih bajanya
Bimbang benih kan tumbuh menjadi lalang

Kadang datang angin gila mengakis tanahnya
Atau mentari terik mengangkat air menjadi udara
Aku bimbang andai benih ini merekah dulu
Tanpa sempat menjadi pohon idaman hatiku
———————————————————————-

Entah kenapa di luar sana ribut tengah menggila…Sunnatullah menjadikan alam tidak selalu sepi…Kadangnya panas, kadangnya sejuk. Hari ini cerah, esok mungkin hujan.

Seperti hidup kita yang tidak pernah sepi dari perasaan gembira, marah, puas hati dan sedih dengan segala macam ujian yang Allah tentukan ke atas kita. Ujian itu mungkin laluan untuk kita lebih dekat denganNya. Mungkin ia adalah peluang untuk kita melakukan koreksi diri, peluang untuk kita bersyukur, peluang untuk kita menghargai apa yang dipinjamkan Allah kepada kita sepanjang permusafiran ini.

Wallahualam

Bookmark and Share

Ruang yang Ada

January 11th, 2007 by heliantuse

Bismillahirrahmanirrahim…

Seminggu lagi ‘exam week’ akan bermula. Alhamdulillah, minggu ni agak lapang sedikit kerana kuliah telahpun tamat. Tetapi, masih menghitung waktu untuk menghadapi ujian kredit kedua Anatomi, Isnin ini.

Tatkala penat menghadapi buku dan fakta-fakta yang perlu dihafal, mata beralih kepada skrin laptop; sudah ketagih menonton cerita House MD yang dipinjam dari Mas. Kadang kala menghiburkan hati menonton anime yang comel dan ‘cute’ dari laptop Nolek atau melayari laman Wikipedia untuk menatap artikel-artikel yang dirasakan menarik.

Muzik? Muzik klasik hasil buah tangan Mozart, Beethoven atau Vivaldi menjadi pilihan. Sekali sekali layan juga nasyid dan lagu-lagu slow dan tak sah kalau sehari tak mengusik teman-teman serumah, terutamanya Nolek. Nakal! Sekadar melapangkan minda yang sesak ini dan mengeratkan silaturrahim.

 

Tak sabar menunggu exam tamat dan cuti bermula. Mahu menyegarkan minda sebelum memulakan semester musim panas.

Insya Allah, seperti yang saya katakan kepada Nolek dan Zack, mahu merealisasikan perancangan menjelajah ke istana-istana lama yang ada di bumi Czech Republik ini. 2000 buah kesemuanya. Tak dapat pergi semua sepanjang 6 tahun ni, 10% pun jadi la…

Bratri Stefanu
Hradec Kralove

Bookmark and Share

Cuti dan Pengisian Jiwa

January 4th, 2007 by heliantuse

Bismillahirrahmanirrahim

Diari 2006 sudahpun ditutup kemas, 2007 harus direncanakan. Masih lagi dalam mood bercuti walaupun kelas telahpun bermula semalam. Cuti musim sejuk selama 10 hari hanya dilalui di Hradec Kralove. Sedikit cemburu dengan rakan-rakan yang berpeluang untuk terbang jauh ke UK, Ireland dan Austria untuk menghirup udara segar di tempat lain dan melampiaskan rasa tertekan di HK ini. "UK dan Ireland tak jauh beza pun dgn HK ni. Bila pergi ke tempat orang dan melihat sendiri kehidupan mereka, Belle rasa kehidupan diorang dgn kita x jauh bezanya." Begitulah bunyinya kata-kata kawan serumah saya yang telah ke Dublin untuk program PUISI dan seterusnya berjalan-jalan sambil membeli belah di UK. Tetapi, alhamdulillah cuti ini tidaklah sia-sia begitu sahaja.

Kesempatan untuk menyertai Czech Republic Muslim Union Winter Congress memberikan satu rasa yang segar dalam jiwa ini. Maklumlah, di sini jiwa jarang disirami dengan untaian kata yang berisi peringatan kepada Allah dek kerana kurang sumber untuk menghadiri majlis ilmu yang sebegitu. Hanya sesekali menyertai usrah online atau ta’lim online di alam maya. Bukan tidak mencukupi dari segi ilmunya tetapi kurang rasa ruhiyah dalam jiwa. Berukhuwah dengan menghadiri majlis-majlis ilmu lebih terasa kelazatannya. Dorongan dan peringatan dari orang sekeliling supaya istiqamah dalam amal lebih menaikkan semangat…

Dalam kongres yang ke-17 yang diadakan di Hradec Kralove oleh Czech Republic Muslim Students’ Union kali ini, tema yang dibawakan ialah tentang Nabi Muhammad sebagai rahmatan lil ‘alamin. Perkataan ‘mercy’ menjadi perbincangan oleh syeikh-syeikh jemputan dan walaupun kebanyakan isi-isi sudah biasa didengari sebelum ini, tetapi apa yang disampaikan menyegarkan kembali minda dan jiwa ini. Terima kasih kepada penterjemah-penterjemah yang bersusah payah untuk menerangkan kepada kami tentang isi-isi ceramah yang disampaikan dalam bahasa Arab. Hati terasa ingin mempelajari kembali bahasa Arab supaya dapat memahami apa yang disampaikan sepanjang kongres. Kata seorang sahabat, "Sebolehnya tahun depan saya ingin menghadiri kongres dengan memahami secara terus setiap kata yang disampaikan oleh syeikh-syeikh itu."

Ingin saya berkongsi tentang satu pendapat yang telah dilontarkan kepada saya tentang hidayah(petunjuk) Allah dan saya rujuki kembali dengan salah seorang brother penterjemah. Seorang kenalan memberi pendapat,
"Saya rasa tidak adil bagi seorang yang sepanjang hidupnya kita berbuat baik, tetapi kerana dia kufur akhirnya dia dimasukkan ke dalam neraka."

Sesungguhnya kita manusia tidak mempunyai pengetahuan terhadap perencanaan Allah. Dalam Surah al-Baqarah, Allah berfirman

30. dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada
Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di
bumi". mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan
berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang
Yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal
Kami sentiasa bertasbih Dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan
berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa Yang kamu tidak
mengetahuinya".

31. dan ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan Segala
nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu ia
berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu
golongan Yang benar".

32. malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau
(Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa Yang Engkau
ajarkan kepada kami; Sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha
Bijaksana".

Malah kita tidak ada apa-apa kuasa untuk merencanakan kesudahan hidup kita, apatah lagi kesudahan hidup bagi orang lain. Allah Maha Pencipta dan Maha Mengetahui. Dia berhak menentukan apa yang diciptakannya; rupanya, nasibnya, hidupnya dan matinya. Kesudahan kita sudahpun ditetapkan namun Allah Maha Pengasih memberi kita pilihan sepanjang hidup kita sama ada kita memilih kebenaran atau kebatilan. Dan pilihan inilah yang menjadi jalan kepada kesudahan hidup setiap hamba Allah, sama ada ke syurga atau ke neraka berdasarkan hidayah dan izin dariNya jua. Kita tidak tahu perencanaan Allah tetapi kita harus berusaha berdoa kepada Allah supaya diberikan kesudahan hidup yang baik dan semoga kita menjadi sebahagian daripada golongan-golangan yang mendapat petunjuk dari Allah S.W.T.

Brother penterjemah yang saya temui berpesan, walaupun kita tidak dapat merubah hidayah Allah ke atas seseorang, tetapi berusahalah untuk menjadi penyebab kepada keislaman seseorang. Sampaikan ajaran-ajaran dari kitab al-Quran kepada mereka yang bukan Islam. Soal menolak atau menerima, serahkan kepada Allah. Beliau juga memberi contoh tentang hidayah Allah ini berdasarkan kisah Nabi Nuh dan anaknya serta kisah Rasulullah dan Abu Lahab seperti yang dikisahkan dalam surah al-Masad.

Berbelas kasihanlah kepada semua makhluk, tidak kiralah ia manusia atau makhluk selainnya kerana belas kasihan adalah sifat Rasulullah yang telah menarik ramai orang Arab jahiliyyah ke jalan Islam. Pesan untuk diri, jangan jemu meneliti sirah Rasulullah dan mempraktikkannya.

Agenda waktu cuti selanjutnya ialah perjumpaan sosial CZEMSA atau Czech Republic Malaysian Students’ Association. Alhamdulillah, walaupun banyak masalah yang saya dan ahli jawatankuasa yang lain tempuhi untuk menjayakan aktiviti ini tetapi maklum balas yang diterima sangat memuaskan. Walaupun CZEMSA di Hradec Kralove dianggotai oleh 18 orang, tetapi komitmen yang ditunjukkan sungguh mengagumkan ditambah lagi dengan bantuan dari tetamu-tetamu dari Prague dan Olomouc yang tidak segan silu membantu kami di saat-saat kami kalut menghidangkan makan malam, yang tidak mengeluh walaupun terpaksa mengalas perut dengan biskut atau coklat sahaja untuk makan tengah hari kerana kedai-kedai cuti untuk Krismas dan tidak kisah walaupun terpaksa berjalan tanpa arah tujuan dalam kesejukan malam selama sejam sementara menunggu kami memasak…Dan juga kepada sahabat-sahabat seperjuangan di HK yang sanggup menghabiskan stok makanan di rumah semata-mata untuk melayan tetamu. Semoga pengorbanan anda diberkati Allah dan dibalas dengan kebaikan.

Cuti berakhir. Tahun 2006 pun telah pergi. Moga-moga dikuatkan hati ini untuk menghadapi hari muka. Doa dan dorongan dari kalian amatlah kupohon….

Bratri Stefanu,
Hradec Kralove.

Bookmark and Share

A Tuesday in My Life

November 14th, 2006 by heliantuse

Bismillahirrahmanirrahim…

Quite a number of things went wrong today. I woke up at 3 o’clock just to finish revising all the 7 plates but 3 hours later I found out that actually I have to revise another 9 plates for Histology microtest and there was only 2 hours left before the class began. Alhamdulillah, I managed to go through all the plates and the last plate I read was when we were waiting for bus no. 12 to arrive at Stoleta. It was 7.55 am then because we missed the 7.43 am bus. We were just a few seconds late for the bus.

All four of us, my housemates, arrived in front of the laboratory’s door to find that it was already closed and everybody has gone in. I entered the lab and sat on my usual seat; no.13 and the lecturer came to give me the microtest paper and after 5 minutes, I’m done with it. Alhamdulillah, I got Membrana Limitans Gliae Superficialis et Perivascularis which I’d given a special attention this morning. Lucky, it was only a microtest.

Everything were OK until the break I had prior to my Biophysics lecture. I tried to be frank with one of my friends by telling her something about her that I’ve heard from my other friend. I didn’t expect that she couldn’t accept it and she was angry with it. I was all scared after that, wondering if I’ve done a big mistake for involving in their conflict as the third party. I don’t mean to make things between them became worse. I just want to clear the misunderstanding between them. I sat in Dr Masin’s lecture, feeling miserable, guilty and disturbed.

Halfway through the lecture, I realised that I hadn’t listen to any of Dr Masin’s words; wasting my time thinking about what had happened and actions I should take. I tried to gain my strength by zikrullah. I almost shed off my tears but I kept praying to regain my strength and be rational again.

Class ended and I was on my way to the faculty’s entrance. I saw her rushing towards the door too. I gave her a pat on the shoulder and said "Sorry for just now. I shouldn’t tell you about it in the first place." She said that she’s OK. It’s just that she couldn’t control the temper when she heard about the things I’ve said. The relationship between ‘nenek’ and ‘cucu’ is fine again and just now, the problem between my two good friends was settled. It goes well again. Laughters and jokes filled the air again.

Feeling relieved and putting on a smile on my face, I rode on the bus to Stoleta from Adalbertinum. Now I’m sitting on my bed with Biophysics books and notes lying on the left. Oh, I have to study for my Ultrasound online test tomorrow and I’ll have another tiring Wednesday with classes from 8-5pm…and of course, another day which needs me to be strong and tough…"Segenggam Tabah"

Bookmark and Share